BIODATA RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera
bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam
hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda
dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk
menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab
yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW
ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan '
perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan
kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah;
lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan
beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad
(bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun
ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan
semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24
September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra '
My Blog List
-
4D Wednesday draw 30 Dec 2015
-
*2278*
*0269*
*0289*
*Goodluck *
*Huat Ah...............*
9 years ago
-
New Blog
-
I know I haven't written on this blog in a couple of years, and I'm not
sure that anyone really checks it anymore, but this is just a quick note
that I hav...
12 years ago
-
tefal to be won!
-
bismillah
first time nak join GA ni sbb hadiah best (idaman setiap suri rumahtangga)
check it out
http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.h...
12 years ago
-
-
kehebatan solat lima waktu.,.,
-
Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian
tentang solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan
manusia me...
13 years ago
-
-
*SATU HARI DI HARI RAYA ( AIDIL ADHA) ~6 NOVEMBER 2011~*
*Pagi tadi aku bangun agak awl ntuk menuloms mok masak Nasi Dagang. Tuloms
pew yang pat...
13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment